187
JIKA sebelum ini Datuk Ramli MS atau Tok Ram mengajar anak bercakap, kali ini lain pula gelagatnya.
Baru-baru ini tular video dia mendukung anak perempuannya, Nur Izzara yang membuatkan ramai terhibur dan memuji maestro terkenal itu.
Bila bapa yang jaga,” kata Datin Alyah menerusi ruangan kapsyen video yang dimuat naik dalam TikTok baru-baru ini.
Video yang meraih lebih 1.7 juta tontonan itu seterusnya mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya seronok melihat Ramli menjaga Izzara dengan penuh kasih sayang.
Suka betul lihat Tok Ram dengan Izzara. Nampak sisi penyayangnya sebagai bapa.
“Memang nampak Tok Ram sangat sayang Izzara. Semoga membesar jadi anak solehah ya,” komen netizen. – HIBGLAM