Alhamdulillah, isteri saya melahirkan seorang puteri – MK

ISTERI kepada penyanyi rap MK, Siti Hajaar selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 28, turut meluahkan rasa syukur dengan pemberian terindah dalam hidupnya dan isteri.

“Alhamdulillah ya Allah! Hari ini 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajaar) selamat melahirkan seorang puteri.

“Ini anugerah terbesar daripada Allah,” katanya menerusi hantaran Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan itu selain mendoakan kesejahteraan bayi.

“Alhamdulillah, tahniah MK dan isteri. Semoga ibu dan bayi sihat selalu,” tutur peminat.

“Tak sabar nak tengok junior MK dan Hajaar,” ujar pengikut.

“Sungguh besar kuasa Allah. Semoga sentiasa diberi kesihatan dan sentiasa dalam lindunganNya,” jelas netizen.

Sebelum ini, MK memberikan bayangan dengan mengusap dan mencium perut isteri tanda akan dikurniakan zuriat tidak lama lagi.

Khabar angin mengatakan Hajaar hamil hangat diperkatakan apabila khalayak melihat perubahan fizikal ke atas Hajaar.

Bagaimanapun pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu sudah beberapa kali mengelakkan diri daripada menjawab tentang kesahihan kehamilan isterinya.

MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok