[VIDEO] MK minta maaf tunjuk contoh tak baik

SUSULAN tindakannya dan isteri, Siti Hajaar tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu yang tular menerusi sebuah video baru-baru ini, penyanyi rap popular MK-K-Clique tampil memohon maaf secara terbuka.

Dalam video permohonan maaf yang dimuat naik semalam, MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan. 27, mengaku mengabaikan keselamatan jalan raya secara tidak sengaja.

“Video ini bukan untuk menarik perhatian tetapi ingin meminta maaf dan berterima kasih.

Pertama sekali, saya minta maaf kerana telah memberi contoh tidak baik dan tidak bertanggungjawab dengan memuat naik video dua hari lalu yang  memaparkan saya mengusik isteri ketika memandu tetapi kami tidak memakai tali pinggang keledar,” katanya.

Selain permohonan maaf, MK turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menegur kesalahan dilakukannya itu.

“Terima kasih kepada yang menegur, saya tiada alasan sebab memang salah sendiri.

Video ini menjadi pengajaran kepada saya agar tidak lalai menjaga keselamatan diri.

“Selain itu, saya juga berharap kita semua akan lebih peka sebelum memuat naik sebarang kandungan dalam akaun media sosial tanpa melukakan atau memberi contoh tidak baik,” katanya.

Dalam pada itu, dia yang terkenal menerusi lagu Mimpi itu berharap agar sikapnya yang mengabaikan kepentingan pemakaian tali pinggang keledar tidak menjadi ikutan ramai.

“Harap semua pihak tidak mengulangi kesilapan saya selain lebih berhati-hati menjaga keselamatan diri dan orang tersayang,” ujarnya lagi

Kelmarin, tular sebuah video yang dimuat naik MK dalam Instagramnya memaparkan isterinya tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Kelmarin, tular sebuah video yang dimuat naik MK dalam Instagramnya memaparkan  dia dan isteri tidak memakai tali pinggang keledar ketika memandu.

Bukan hanya Siti Hajaar, MK yang duduk di bahagian penumpang juga melakukan kesalahan yang sama.

Perkara itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai dan berpendapat MK menunjukkan contoh negatif kepada peminatnya.

Terdahulu, MK dan Siti Hajaar selamat mendirikan rumah tangga di Masjid Jami’il Huda, Kampung Melayu Ampang, Ampang pada 15 Jun lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok