Rockstar Lisa mencanak ‘mendunia’

Belum seminggu lagu solo baharu anggota kumpulan Blackpink, Lisa dilancarkan, namun karya berjudul Rockstar itu sudah pun mendominasi segenap platform muzik seluruh dunia.

Meskipun perlu bersaing sengit dengan lagu-lagu popular masa kini, itu tidak sedikit pun menghalang idola asal Thailand itu ‘mendunia’ dan mencapai kedudukan pertama dalam carta Apple Music, Amerika Syarikat.

Kejayaan itu sekali gus menobatkan lagu tersebut sebagai Lagu K-pop Pencapaian Tertinggi di Apple Music Amerika Syarikat yang sangat membanggakan. 

Bukan itu sahaja, lagu gadis jelita berusia 27 tahun itu juga berjaya memintas banyak lagu popular dalam platform Spotify dan utuh meletakkan diri di posisi pertama.

Bernafas bebas di bawah label LLOUD miliknya sendiri, khalayak terutamanya peminat sudah tidak sabar untuk melihat banyak lagi kejutan yang bakal ditampilkan Lisa pada masa hadapan.

Biar ada yang mengkritik, Lisa terus membuktikan kepada dunia kecaman terus mematangkan perjalanan seninya. 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok