Wan Maimunah kembali, sediakan sekotak tisu Aidiladha nanti

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini, syarikat penerbitan Dream At Work Sdn. Bhd. membawakan telemovie khas berjudul Ibu Pinjaman yang ditayangkan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Oasis, pukul 10 pagi.

Karya ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Bell Ngasri, Hasnul Rahmat, Sherie Merlis, Amanda Misbun, Zalif Sidek dan Rahim Jailani.

Tidak ketinggalan Adik Qisya Hairulzain dan dibantu oleh Linda Soh, Shukri Tahir dan Afiq Aris.

Penerbit dan Pengarah Dream At Work Sdn. Bhd. Datuk Razlan Ismail berkata, telemovie Ibu Pinjaman diinspirasikan daripada kisah benar Ustaz Abdullah Muda.

“Telefilem ini mengisahkan konflik jiwa dua insan bernama Rizal dan Makcik Rokiah. Rizal, seorang lelaki yang sudah lama dahagakan kasih sayang seorang ibu, sering berasa kesunyian dan kekosongan dalam hidupnya.

Aidiladha kali ini bakal membuatkan ramai melinangkan air mata menonton telemovie arahan,Datuk M. Razlan Ismail berjudul Ibu Pinjaman. 

“Di satu sisi lain, Makcik Rokiah, seorang wanita tua yang hatinya hancur merindukan anak kandungnya. Dia menjalani hari-hari yang penuh kesepian.

Kisah ini menyentuh hati apabila kedua-dua insan ini bertemu dan cuba mengisi kekosongan dalam hati masing-masing dengan kasih sayang yang terpendam,” katanya.

Menurutnya, lebih bermakna apabila karya berkenaan bersiaran pada Hari Raya Aidiladha, hari yang penuh dengan makna pengorbanan dan kasih sayang.

Menariknya lagi, pelakon utama Ibu Pinjaman iaitu Wan Maimunah kini sedang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci. Sekaligus, telemovie  ini turut membawa kesan dan keistimewaannya yang tersendiri.

Telemovie meruntun jiwa berjudul Ibu Pinjaman turut dilakonankan pelakon serba boleh, Bell Ngasri.

Ibu Pinjaman  menjanjikan sebuah pengalaman emosi yang mendalam dengan kisah penuh kerinduan dan kasih sayang serta pengorbanan.

“Dibarisi pelakon yang hebat, cerita ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati setiap penonton,” katanya.

Ibu Pinjaman mendapat sentuhan pengarah Datuk M. Razlan Ismail yang juga bertindak sebagai penerbit, bersama Irfan Hasan selaku Penerbit Eksekutif.

Dream At Work Sdn. Bhd. diberikan kepercayaan untuk menerbitkan telefilem ini bagi saluran Astro Ria di bawah naungan Penerbit Eksekutif Astro, Abdul Adzim Shahabudin.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton pada 17 Jun ini, pukul 10 pagi di saluran Astro Ria dan Astro Oasis dan ulangan pada pukul 11 malam pada hari yang sama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok