EXO-K tiada tandingan

TIADA angin tiada ribut, ramai peminat tiba-tiba berkongsi visual debut kumpulan EXO-K dalam media sosial. 

Rata-rata meluahkan rasa kagum terhadap gambar promosi kumpulan itu sebelum melancarkan promosi pertama mereka dengan single MAMA pada 2012. 

Mereka juga memaklumkan visual setiap anggota tiada tandingan bahkan sehingga ke hari ini. 

Ada juga yang merupakan peminat EXO pada zaman itu mengimbau kembali bagaimana seluruh sekolah sangat meminati kumpulan itu sehingga menjadi fenomena. 

Selain itu, mereka memuji kebolehan syarikat pengeluaran SM Entertainment untuk menyiapkan debut EXO dengan teliti. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok