Tamatkan segala kekecohan, Bella pun dah ‘move on’ – Puteri Sarah

“SUDAH sampai masa tamatkan kekecohan kontroversi Aliff Aziz.”

Demikian kata pelakon Puteri Sarah Liyana yang berharap kontroversi membabitkan pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dapat dihentikan segera.

Menurut Sarah, Katanya, situasi yang mencetuskan kekecohan terhadap banyak pihak itu sangat membimbangkan kerana keadaan kini semakin huru-hara.

“Pada pandangan saya, benda ini (kontroversi) dah jadi , ‘chaos’ (kecoh), jadi sudah tiba masanya untuk ‘wrap it up’ (tamatkan).

“Kalau tidak makin tak tenang netizen dan kita. Dah huru-hara dan makin banyak karakter,” katanya dalam wawancara sebuah program televisyen.

Pada masa sama, anak seni berusia 38 tahun itu turut berbangga melihat rakannya yang juga isteri kepada Aliff, Bella Astillah mampu meneruskan hidup seperti biasa.

Ibu tunggal anak dua itu berkata, paling penting apabila berada dalam situasi terbabit adalah kekal tenang menjaga emosi agar sentiasa stabil.

“Yang saya nampak Bella dah move on. Teruskan apa yang dia buat, terus terbang tinggi. Semua yang ada ini dah cukup bagus.

“Sebab kita kena jaga kesihatan mental dan sebagai ibu kepada dua orang anak, kita tak boleh down.

“Anak-anak kita bergantung kepada kita jadi kena kuat untuk mereka,” ujarnya.

Sebelum ini industri hiburan dikejutkan dengan berita tangkapan khalwat membabitkan Aliff dan pelakon Ruhainies.

Ketika peminat masih tertanya-tanya pengakhiran kes tersebut selain permohonan cerai Bella, muncul pula seorang wanita Singapura mengakui kekasih aktor tersebut.

‘Plot’ kecurangan Aliff semakin panas apabila wanita bernama Sarah Yasmine itu mendakwa Aliff dan Ruhainies bercinta bersandarkan bukti Whatsapp antara mereka.

Menambahkan kekecohan adalah satu persatu pendedahan membabitkan artis lain, malah Sarah turut memetik nama Caprice, Emma Maembong dan ramai lagi.

Susulan itu, ramai selebriti bersuara agar semua keributan dapat dihentikan bagi mengelakkan lebih ramai individu tidak berkaitan ‘ditarik’ selain menjaga hubungan baik penggiat industri dua negara. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok