Sombong! Soyeon bikin peminat kecewa

GARA-GARA kurang berkomunikasi dengan peminat, penyanyi kumpulan (G)I-DLE iaitu Soyeon menerima kecaman hebat.

Rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa apabila pada ulang tahun debut keenam kumpulan itu, tiada seorang pun ahli secara sukarela meninggalkan mesej dalam aplikasi Bubble.

Seorang peminat tegar mengkritik Soyeon mendedahkan kekerapan berkomunikasi yang dimulakan wanita itu pada April tahun lalu.

“Kalau sebulan mendiamkan diri pun sudah kecewa inikan pula setahun tidak berkomunikasi. Ini sangat teruk.

“Sangat mengecewakan melihat peminat terpaksa merayu untuk dilayan,” kata peminat itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok