Hyuna menyesal amal diet keterlaluan

Pernah menjalani diet secara ekstrem dan tidak sihat, penyanyi Hyuna mengakui hanya makan satu biji nasi kepal (kimbab) setiap hari.

Menyesal dengan tindakan tersebut, idola berusia 31 tahun itu sedar apa yang dilakukannya itu salah apabila berat badannya turun mendadak sehingga 40 kilogram (kg) dalam masa singkat.

Penurunan berat badan mendadak itu sekali gus menjejaskan kesihatan dan juga prestasi persembahannya di atas pentas.

“Berat saya pernah mencapai 40kg kerana saya hanya makan satu biji Kimbap satu hari, walaupun ketika itu jadual saya padat.

“Disebabkan itu kesihatan saya merosot bermula dari umur saya 26 tahun, saya mahu buat yang terbaik untuk peminat tapi saya tak mampu,” katanya.

Enggan berterusan menyiksa diri, pelantun lagu Bubble Pop itu memaklumkan dirinya mula mengubah gaya pemakanannya bermula tahun lepas.

Paling penting kata Hyuna, bentuk badan langsing bukanlah segalanya, malah tidak menjamin kebahagian untuk dirinya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok