Hyeri diet demi bibimbap

MENJAGA bentuk badan perkara normal bagi semua selebriti Korea.

Tidak hairanlah mengapa penyanyi Hyeri atau nama lengkapnya Lee Hye-ri giat menjaga pemakanan semata-mata ingin mengekalkan berat badan ideal.

Terbaharu, dia berkongsi rutin pemakanannya dengan menunjukkan minuman protein, susu badam dan telur bakar untuk makan tengah hari.

Tujuan utama dia mahu berdiet dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat sehingga menjelang Krismas supaya dapat menikmati bibimbap (sajian Korea) pada hari istimewa tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok