Go Min-si ‘belanja’ kanak-kanak

SEMPENA Hari Kanak-Kanak Korea, pelakon Go Min-si bermurah hati menderma kepada golongan itu.

Menurut agensinya Mystic Story Entertainment, Min-si menyalurkan 50 juta won (RM200,000) kepada Hospital Asan Seoul dan berharap kanak-kanak di sana menjalani pertumbesaran yang sihat.

Hospital Asan Seoul menyatakan sumbangan tersebut digunakan untuk menyokong perbelanjaan perubatan dan kos pembedahan pesakit kanak-kanak.

Sebelum ini, aktres berusia 29 tahun itu pernah membuat sumbangan 10 juta won (RM30,000) ke hospital sama untuk pesakit berpendapatan rendah.

Dia juga konsisten dalam aktiviti amal, memberi sumbangan kepada pelbagai tempat memerlukan seperti komuniti terpinggir, kanak-kanak dan remaja, keluarga ibu bapa tunggal serta komuniti terjejas banjir. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok