Berbaik pula Zarina Anjoulie, Fatiya Latiff

SELALUNYA peribahasa air dicincang tidak akan putus hanya untuk perbalahan ahli keluarga tetapi rasa-rasanya sesuai juga diberikan kepada pelakon, Fatiya Latiff dan Zarina Anjoulie.

Mana tidaknya, selepas bergaduh besar, saling buka aib dan dedah pelbagai perkara tak sepatutnya, tiba-tiba sudah berbaik pula.

“Saya dan Fatiya dah berkawan sejak berumur 19 tahun. Kami gaduh dan viral tetapi satu perkara yang orang kena tahu dia sentiasa ada tempat dalam hati saya.

“Kadang-kadang saya akui tak dapat faham dia dan buat saya gila. Kita pun dah semakin tua dan tak mahu fikir benda buruk pasal orang.

“Gaduh macam anjing dan kucing tapi masing-masing adalah sebahagian daripada hidup kami,” kata Zarina.

Baguslah kalau sudah berdamai, pening juga semua orang nak hadap drama mereka berdua tempoh hari sebab macam-macam cerita dalam kain diselak.

Harap terus berbaik ya, cukup-cukuplah dengan isu curang Aliff Aziz ketika ini.

DIVA: Ada pelakon lelaki tidak yakin dengan filem sendiri, sehingga tak mahu bantu mempromosikan karya lakonan sendiri. Malu ke?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok