189
SELEPAS mempamerkan persembahan cemerlang dalam drama popular The Glory, pasti ramai menantikan naskhah terbaharu pelakon Song Hye-kyo.
Difahamkan, Hye-kyo bakal menerajui drama tulisan Noh Hee-kyung yang menggambarkan kehidupan pekerja industri penyiaran pada masa lalu.
Aktres berusia 42 tahun itu tampil memberikan respons menerusi pihak agensinya terhadap khabar angin yang bertebaran mengenai dirinya.
Memang benar kami ada menerima skrip drama itu dan Hye-kyo sedang meneliti tawaran tersebut,” kata pihak agensi.
Sekiranya Hye-kyo menerima tawaran tersebut, ini akan menjadi gandingan ketiganya dengan Hee-kyung selepas bekerjasama dalam Worlds Within dan That Winter The Wind Blows. – HIBGLAM