Sarah Yasmine jumpa saya seminggu lalu – Bella Astillah

DIA yang mencari saya dulu. Dia hubungi dan Whatsapp saya.

Itu kata pelakon Bella Astillah yang mengakui bertemu kekasih gelap suaminya, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine.

Bella atau nama lengkapnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, semasa pertemuan di Kuala Lumpur, seminggu lalu, Sarah maklumkan mahu buat pendedahan pernah bersama Aliff dan bersyukur dapat dijadikan bahan bukti di mahkamah kelak.

“ Saya kasihan dan jumpa dia kira-kira seminggu lalu.

Bukan menyokong tetapi dia mengakui kesilapan, meminta maaf dan bercakap perkara yang benar. Lega sebenarnya bila pendedahan itu tular kerana bantu kes mahkamah yang sedang berjalan.

“Kebenaran itu datang dengan sendrinya. Segala bukti sudah ada, Tuhan permudahkan lebih-lebih lagi kebenaran hubungan Ruhainies dan Aliff yang sebelum ini dinafikan kedua-duanya,” katanya ketika majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia, hari ini.

Dalam masa sama, Bella mengakui tidak terkejut dengan kewujudan Sarah kerana sudah mengetahui lebih awal tetapi apa yang mengejutkannya adalah kandungan yang terdapat dalam perkongsian dibuat Sarah Isnin lalu.

Saya tidak terkejut sebab itulah wanita dalam senarai (Aliff) yang pernah disebut sebelum ini. Kan saya letak ‘recorder’ (peranti perakam suara) dalam kereta, jadi saya tahu siapa perempuan itu.

“Cuma, saya tidak tahu secara terperinci tetapi saya rasa inilah kemanisan orang bersabar dimana kebenaran itu datang  sendiri.

“Sebenarnya saya sudah ke arah ‘move on’, bila benda ini datang saya rasa terkejut dan dalam masa sama Allah nak tolong permudahkan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Bella dilihat mengikuti Instagram Sarah yang mengaku kekasih gelap Aliff.

Menerusi pendedahan sensasi itu, Sarah mendakwa sudah menjalin hubungan dengan Aliff sejak Januari lalu.

Pada masa sama, dia yang masih meneruskan hubungan dengan suami Bella itu turut mempunyai bukti mengesahkan Aliff  bercinta dengan pelakon Ruhainies.

Kata Sarah, dia berani melakukan pendedahan kepada umum selepas melihat kekasihnyaitu  teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat pada Mac lalu.

Wanita itu juga mendakwa Ruhainies menjadi dalang dan menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan Bella.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok