Sarah Yasmine dedah pernah jalin hubungan dengan Meerqeen

 “AWAK tahu? Saya bukanlah peminat Meerqeen.”

Demikian respons kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine yang menafikan kenyataan dikeluarkan pelakon Meerqeen bahawa status mereka hanya antara artis dengan peminat.

Sarah mendedahkan sebelum ini dia meminati aktor terbabit namun selepas 2022, hubungan mereka bukan lagi seperti yang diperkatakan Meerqeen.

Perkara itu juga yang menyebabkan persahabatannya dengan Anna Jobling terjalin.

Pada 2019 dalam TikTok? Mungkin (peminat) kerana dia kacak tetapi selepas satu video dalam tahun sama, saya tidak pernah bercakap dengan dia sehingga Ogos 2022. Saya bukan lagi peminat.

“Tidak pernah sukakan dia hanya sebab dia ada perangai ‘kerana saya adalah Meerqeen’, jadi apa yang dia cakap dalam video tersebut (temu bual) sudah dijangka.

Ada sebab kenapa saya dan Anna Jobling menjadi kawan walaupun persahabatan kami merupakan ‘low maintainance friendship’ (sederhana),” katanya sebagai tindak bakal terhadap penjelasan Meerqeen, malam tadi.

Dalam masa sama, Sarah akui hubungan bersama pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu terjalin beberapa bulan terakhir 2023.

‘Peminat’ okey, awak (Meerqeen) tak panggil saya peminat pun apabila awak cakap awak nakkan saya. Saya dan Meerqeen bersama dalam Ogos atau September tahun lalu.

“Saya tinggalkan tangkap layar di sini sebab saya dan Meerqeen sudah tidak ada apa-apa lagi. Cuma itulah, dia macam Sophia kan?

Dia ada cari saya tetapi saya tidak layan. Saya kena jaga nama saya sekarang dan tidak bagi orang- seperti ini kelebihan untuk memburukkan lagi nama saya,” ujarnya lagi.

Dalam pendedahan terbaru, Sarah turut menunjukkan satu ciapan dibuat seorang individu di platform X yang mendakwa pernah melihat dia dan Meerqeen mendaftar masuk ke sebuah hotel.

Susulan itu, Sarah meluahkan rasa kesal dengan tindakan aktor itu yang hanya mendiamkan diri selepas ciapan tersebut tular.

Semalam, pelakon itu menegaskan hubungannya bersama Sarah tidak lebih daripada artis dan peminat sekali gus menepis khabar angin bahawa mereka pernah intim.

Sebelum ini, seorang pengguna laman aplikasi X mendakwa wanita asal Singapura itu pernah menjalin hubungan dengan Meerqeen.

Bagaimanapun, pengguna terbabit tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status hubungan mereka.

Minggu lalu, arena hiburan tempatan gempar apabila Sarah mendedahkan dirinya sebagai kekasih gelap Aliff yang juga suami kepada pelakon Bella Astillah sejak Januari 2024.

Dia memberanikan diri mendedahkan hubungannya selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen selepas ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok