Mahalini, Rizky Febian nikah di Bali 5 Mei ini

SELEPAS hampir setahun mengikat tali pertunangan, penyanyi Indonesia Mahalini dan Rizky Febian bakal mendirikan rumah tangga pada 5 Mei ini.

Khabar gembira tersebut didedahkan ahli keluarga pelantun lagu Sial itu kepada media Indonesia dan mereka memilih kediaman Mahalini di Bali sebagai lokasi pernikahan.

Benar, mereka akan berkahwin pada 5 Mei ini di Bali.

“Pada 5 Mei nanti, majlis akan diadakan di Bali terlebih dahulu dan seterusnya di Jakarta beberapa hari kemudian,” katanya.

Spekulasi perkahwinan pasangan selebriti terkenal itu hangat diperkatakan selepas bakal pengantin lelaki berkongsi animasi latar biru seolah-olah foto buku nikah.

Pasangan itu juga melancarkan ‘teaser’ lagu baharu berjudul Bermuara tiga hari lalu yang menguatkan lagi desas-desus hari bersejarah mereka.

Biarpun berita perkahwinan itu sudah tersebar, baik Mahalini mahupun Rizky belum memberi sebarang kenyataan.

Pemilik nama lengkap Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 24, secara rasmi menjadi tunangan kepada Rizky pada 7 Mei tahun lalu.

Mereka mengikat tali pertunangan selepas menjalinkan hubungan cinta selama setahun tiga bulan.

Begitupun, isu perbezaan agama antara dua penyanyi itu yang masing-masing beragama Hindu dan Islam hangat diperkatakan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok