Kim So-hee bersara lepas kahwin

MENYIFATKAN semua berlaku indah pada waktunya, anggota kumpulan Alice, Kim So-hee mengumumkan dirinya bakal berkahwin dengan ahli perniagaan yang 15 tahun lebih berusia berbanding dirinya.

Lebih mengejutkan, usai perkahwinannya kelak, penyanyi berusia 24 tahun itu juga berhasrat untuk meninggalkan industri hiburan dan fokus kepada rumah tangganya.

Difahamkan kontrak eksklusifnya bersama syarikat IOK bakal tamat pada bulan hadapan, namun Soo-hee memilih untuk tidak memperbaharui dokumen tersebut kerana mahu berkahwin dan menoktahkan karier nyanyiannya selepas itu.

Menurut sebuah laporan, pasangan sama cantik sama padan itu merancang menganjurkan majlis perkahwinan secara kecil-kecilan yang akan dihadiri kenalan rapat dan keluarga terdekat sahaja.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok