Bukan main Beto ‘duet’ dengan 3 diva

BUKAN senang seorang pelakon nak dapat peluang berduet dengan penyanyi hebat tanah air.

Peluang itu yang diraih Beto Kusyairy baru-baru ini apabila dia sendiri memilih untuk ‘berduet’ dengan tiga penyanyi hebat iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Dia Fadila. Bukan calang-calang ya.

Beto menyanyikan lagu Bagaikan Sakti (Siti, Datuk M. Nasir), Pulangkan (Misha) dan Tangisan Marhaenis (Dia Fadila, Datuk Hattan), memang tak keruan netizen dibuatnya.

Sayangnya, semua persembahan ‘duet’ itu hanyalahlah ciptaan Beto sendiri. Mainkan lagu dalam kereta dan nyanyi bersama.

LAGU dendangan Siti Nurhaliza, Misya Omar dan Dia Fadila menjadi pilihan Beto.

“Berduet dengan Siti dalam kereta. Ampunkan saya ya Datuk, saja suka suka sambil layan kesesakan trafik.

“Maaf ya mikrofon dari kereta ini pecah sikit tapi suara aku memang sudah sediakala ‘pecah berderai’ pun. #salahkanmic,” katanya.

Tak kering gusi netizen dibuatnya dan rata-rata tetap beri sokongan serta menyalahkan mikrofon kalau ada bahagian yang sumbang.

Terus hiburkan peminat dengan perangai ‘random’ begini ya Beto. Bila agaknya filem baharu Beto nak keluar?

DIVA: Ada aktor senior popular mengadu kurang tawaran lakonan, produksi asyik ambil pelakon baharu sahaja.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok