Beli vila, Dong-hwi, Ho-yeon nak kahwin?

SEMBILAN tahun bercinta, pasangan pelakon Lee Dong-hwi dan Jung Ho-yeon dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Memetik laporan media Korea, sumber mendedahkan pasangan itu telah membeli sebuah vila di Pyeongchang-dong, Seoul.

Tambahnya, broker hartanah menyatakan bahawa mereka datang berdua untuk melihat kediaman itu dan memutuskan untuk membeli hartanah di kawasan tersebut.

Perkara tersebut menyakinkan peminat bahawa Dong-hwi dan Ho-yeon akan berkahwin dalam masa terdekat.

Setakat ini pihak agensi kedua-dua pelakon itu belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai spekulasi berkenaan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok