Aliff Aziz menangis merayu Sarah Yasmine jangan putuskan hubungan

PELAKON yang juga penyanyi Aliff Aziz menangis apabila wanita didakwa sebagai kekasih gelapnya, Sarah Yasmine bertindak mahu memutuskan hubungan mereka selepas satu pergaduhan, baru-baru ini.

Situasi suami kepada Bella Astillah itu merayu sambil teresak-esak dikongsikan Sarah menerusi satu rakaman berdurasi beberapa saat.

Ada pergaduhan antara saya dengan dia. Saya kata nak tinggalkan dia. Bukan pertama kali pun, dah banyak kali benda macam ini jadi.

“Tapi perkara sama yang selalu berlaku, konon nak tinggalkan mesti jadi begini (menangis dan merayu),” katanya dalam temu bual dengan sebuah portal.

Begitupun, menurut wanita terbabit, dia bukan mahu memutuskan hubungan dengan Aliff, sebaliknya itu hanya sebagai amaran agar lelaki berkenaan meninggalkan tabiat buruknya.

Saya bukan mahu tinggalkan dia sebenarnya, itu cuma taktik. Saya nak dia buang perkara buruk. Itulah juga sebab dia menangis,” ujarnya.

Awal minggu lalu, Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap suami kepada pelakon Bella Astillah itu.

Dia berani mengambil risiko mendedahkan perkara berkenaan selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.

Lebih mengejutkan, wanita asal Singapuran itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff  supaya menjatuhkan Bella Astillah. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok