Hello Gayoung bebas kanser darah tahap 4

Bertahun-tahun melawan penyakit kronik, penyanyi Hello Gayoung akhirnya mampu kembali mengukir senyuman, selain menzahirkan kesyukuran disahkan sudah bebas kanser.

Wanita berusia 37 tahun itu juga berterima kasih kepada keluarga terdekat dan kenalan rapat yang tidak putus-putus memberi sokongan buat dirinya untuk terus berjuang melawan kesakitan kanser darah yang dilalui selama ini.

Selepas beratus kali melakukan rawatan, akhirnya saya boleh kongsikan bahawa saya kini telah bebas kanser darah, syukur semuanya telah kembali sembuh.

“Saya seperti tidak percaya bakal pulih memandangkan kanser saya sudah tahap empat.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua orang yang telah memberikan kata-kata semangat termasuk doktor, jururawat, keluarga dan rakan-rakan,” tulisnya menerusi hantaran dalam Instagram. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok