Song Seung-hyun tamatkan zaman solo

SELEPAS mengumumkan persaraan dari industri hiburan baru-baru ini, bekas anggota kumpulan F.T. Island, Song Seung-hyun mengejutkan peminat apabila mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Menurut sebuah laporan, penyanyi raut tampan itu bakal berkahwin dengan teman wanitanya pada bulan Jun kelak.

Malah, Seung-hyun, 32, kini dikatakan sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung di dewan perkahwinan mewah di Gangnam, Seoul.

Enggan sekadar bergoyang kaki selepas bersara daripada industri seni, Seung-hyun berkata, dirinya bakal mengambil alih perniagaan bapa mentuanya selepas majlis perkahwinannya berlangsung nanti.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok