Kemalangan di Krabi, Afieq Shazwan cedera di wajah, badan

TIADA kecederaan parah tapi banyak luka di badan.”

Demikian perkongsian pelakon Afieq Shazwan yang terpaksa melupakan hasrat menikmati keindahan Krabi, Thailand apabila terlibat dalam kemalangan di destinasi percutian popular itu kelmarin sehingga tepaksa bergegas pulang ke tanah air semalam.

Afieq atau nama penuhnya Mohammad Afieq Shazwan Zamros, 26, bagaimanapun memaklumkan dirinya dalam keadaan baik dan hanya mengalami luka ringan.

Saya mengalami kemalangan ketika baru sahaja tiba di Krabi kelmarin.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk terus pulang ke Malaysia sebab banyak luka di badan,” katanya dalam Instagram.

Dalam perkongsian sama, dia turut memuat naik foto wajah dan beberapa anggota badannya yang cedera akibat kemalangan tersebut.

Ramai yang bertanya mengapa saya pulang ke Kuala Lumpur secara mengejut semalam tetapi serba salah untuk beritahu sebab tak mahu keluarga risau.

“Namun, apabila tiba di rumah, saya perlu beritahu juga semua. Maaf sekiranya percutian terjejas kerana saya.

“Insya-Allah selepas pulih, kita akan berjumpa lagi,” ujarnya.

Difahamkan, pelantun lagu Lelaki Di Telefon itu bercuti dengan beberapa rakannya termasuk penyanyi Wani Syaz. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok