Pempengaruh Siti Jamumall kahwin ‘mengejut’ di Thailand

Pempengaruh dan usahawan sensasi Siti Jamumall didakwa sudah bernikah di Satun, Thailand awal bulan ini.

Menguatkan dakwaan itu apabila Siti Jamumall, 25, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin berkongsi video pendek bersama pasangannya dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.

Siti yang juga ibu kepada dua cahaya mata bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi lanjut mengenai perkara itu.

Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan,” katanya ringkas.

Terdahulu, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya namun majlis itu dibatalkan pada saat akhir atas faktor peribadi.

Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu.

Namun, Siti mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai pembatalan majlis itu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok