Dikata seiras Alif Teega, Adam Lee buang jambang

JAMBANG sudah buang. Dah, jangan samakan saya dengan dia lagi.”

Demikian kata pelakon Adam Lee yang bertindak membuang jambang pada wajahnya kerana enggan dikatakan seiras dengan pempengaruh media sosial sensasi, Alif Teega.

Menerusi hantaran dalam Instagram, suami kepada aktres Sweet Qismina itu meletakkan tanda pagar #IniALBukanAT (Ini Adam Lee bukan Alif Teega).

Sementara itu, isterinya turut berkongsi perubahan serta imej baharu Adam dalam InstaStory.

Okey sudah, jangan mesej langsung (DM) saya kata sama macam AT (Alif Teega)!

“Suami saya tiada jambang selepas ini,” ujarnya yang mempertahankan aktor terbabit.

Rata-rata komen menunjukkan netizen terhibur dengan hantaran pelakon drama Bidadari Salju itu selain mengusik memintanya menjaga kelakuan.

“Muka sama tidak mengapa. Janji jangan perangai sama,” kata pengikut.

“Tidak mengapa sama jambang. Jangan sama perangai dengan dia sudah,” seloroh netizen lagi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok