Merogol, Kris dipenjara 13 tahun

DIDAKWA atas tuduhan merogol, bekas anggota kumpulan Exo, Kris dijatuhi hukuman penjara 13 tahun
di China.

Mahkamah Rakyat Pertengahan Ketiga Beijing mengekalkan keputusan penjara 13 tahun itu selepas mendapati penyanyi itu bersalah atas tuduhan merogol seorang gadis beramai-ramai.

Kris dan peguamnya memohon rayuan namun permintaannya itu ditolak mahkamah.
Memandangkan China mengamalkan sistem perundangan ketat, keputusan di mahkamah rayuan itu

dianggap muktamad dan tiada kompromi.

“Kris mengambil kesempatan daripada situasi mangsa yang berada di bawah pengaruh alkohol untuk terlibat dalam perbuatan seksual berbentuk rogol,” kata hakim.

Hakim menegaskan bahawa fakta yang diakui dalam keputusan asal adalah jelas dan bukti adalah mencukupi serta meyakinkan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok