Menari separuh bogel di pusat hiburan, Sajat belum insaf

GARA-GARA berkongsi video menari tarian erotik di sebuah pusat hiburan di Sydney, akaun X usahawan kontroversi, Nur Sajat diserang netizen yang jelik melihat aksinya.

Bergaya separuh bogel dengan hanya menutup bahagian dada dan punggung, Sajat atau nama lengkapnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman seakan-akan tidak insaf bergelek depan khalayak ramai.

“Berbanggalah dengan diri sendiri,” tulisnya dalam kapsyen berserta tanda pagar pondan cantik dan transpuan (transgender).

Ramai kurang senang dengan perbuatan pensohor media sosial itu kerana sebelum ini dia pernah menangis mengenang nasibnya di Australia.

“Sajat, dulu awak cakap dah mula solat, saya ingat awak akan insaf. Rupanya masih lagi sama,” kata netizen.

“Dalam TikTok berair mata sampai orang percaya sudah insaf tetapi di X bangga jadi pondan,” sindir pengikut lain.

“Jangan minta kami ajar awak buat kuih. Belajar sendiri,” ujar netizen yang kecewa dengan kelakuan ahli perniagaan itu.

Dalam pada itu, anak jati Perak itu dilihat aktif membalas komen netizen yang mengecamnya.

“Saya tidak menari pun akan tetap memondan. Sekarang ini awak sakit matakah tengok saya menari atas meja?

“Berhenti buli saya selagi tidak mengganggu orang lain.

“Saya cuma kongsi apa yang saya mahu. Kenapa kamu semua suka menghakimi saya?,” katanya. -HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok