Hebat! Jennie beli rumah agam RM18 juta

TANPA banyak khabar angin, anggota kumpulan Blackpink, Jennie dilaporkan sudah membeli sebuah rumah agam mewah bernilai RM18 juta.

Menurut satu laporan, Jennie membeli kediaman di sebuah kejiranan elit ‘UN Village’ yang terkenal di Seoul tanpa sebarang pinjaman.

Dia dilaporkan membeli aset mewah tersebut secara tunai dan mendaftar alamatnya dengan pejabat perbandaran tempatan.

Dikatakan, rumah agam seluas 2,636 kaki persegi  itu mempunyai lima bilik tidur dan tiga bilik mandi.

Tidak hanya Jennie, antara selebriti yang menyukai kawasan perumahan tersebut adalah pelakon Lee Jong-suk. Aktor itu didakwa memiliki tiga rumah mewah di lokasi berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok