5M buat Liza Hanim – Hetty Koes Endang

PENGHIBUR Indonesia yang juga juri tetap All Stars Gegar Vaganza (GV10), Hetty Koes Endang memberi ‘5M’ kepada Liza Hanim susulan persembahan hebat pada konsert minggu kesembilan malam ini.

Liza yang berduet bersama penyanyi Noraniza Idris menerusi lagu Hati Kama dipuji kerana berjaya memberi sepenuh jiwa dalam nyanyiannya.

“Bonda beri 5M kepada Liza yang sudah menyanyikan lagu ini dengan baik.

“Menjiwai, mengalir seperti air dan menyentuh hati.

“Selain itu, Liza juga menggelegar alam dan menurut bonda ‘gebrek’!” komennya.

Pada persembahan tersebut, pentas turut dimeriahkan dengan kehadiran lebih 20 penari.

Hati Kama yang karya ciptaan merupakan Allahyarham Pak Ngah sebelum ini dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Noraniza sekitar 2009. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok