Mahu Liza Hanim sertai All Stars GV

SEJAK musim terbaharu diumumkan, ramai yang sudah mula membuat tekaan sendiri untuk lima peserta ‘hot seat’ yang bakal menyertai All Stars Gegar Vaganza (GV) bersama 10 bekas juara lain.

Sempat juga Diva membelek media sosial baru-baru ini melihat antara peserta yang diramal menyertai GV tahun ini seperti Liza Hanim, Nikki Palikat, Tomok, Suki Low dan Bob Yusof.

Itu antara yang paling ramai sebut tetapi ada juga ingin melihat Amelina, Farahdhiya, Jatt Ali dan Shila Amzah bertanding kembali.

Bagi Diva, biarlah yang benar-benar layak dan mampu memberi saingan sengit terhadap 10 bekas juara GV

Apapun, nama Liza Hanim antara yang paling banyak disebut. Kalau benar-benar masuk memang akan ‘menggila’ GV tahun ini.

DIVA: Hos yang bakal kendalikan All Stars GV pun belum diumum. Jangan ramai-ramai jadi hos, serabut nanti.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok