Lee Hyori pencinta haiwan sejati

PENYANYI, Lee Hyori menolak apa jua bentuk pengiklanan produk komersial melibatkan haiwan.

Kata Hyori, kecenderungan terhadap isu perlindungan haiwan dan alam sekitar semakin bertambah. Atas alasan tersebut, dia mengelak daripada menjadi duta kosmetik yang diuji terhadap haiwan mahupun pakaian yang diperbuat daripada bulu binatang.

“Saya enggan lagi menjadi model iklan untuk apa jua produk melibatkan penggunaan material daripada haiwan. Saya tidak sanggup lagi menyakiti makhluk tuhan meskipun sekadar binatang.

“Saya harap semua pihak memahami dan menghormati keputusan saya,” katanya menerusi sebuah rancangan temu bual.

Pendirian Hyori mendapat perhatian netizen malah dalam media sosial ramai memuji tindakan dan usaha murninya.

Hyori turut disifatkan sebagai insan yang berhati mulia.

“Tuhan bukan sahaja mengurniakan awak wajah cantik tetapi juga hati yang mulia. Teruskan melakukan kerja yang baik, semoga Tuhan memberkati awak,” komen seorang peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok