Dara tawan Filipina

SELEPAS melancarkan debut solo yang dinanti-nantikan menerusi album berjudul Sandara Park, penyanyi Dara akhirnya menjayakan persembahan di Filipina.

Penyanyi kumpulan 2NE1 itu mengadakan persembahan bersama Acer iaitu duta baharu Filipina dan bintang lain seperti Sarah Geronimo, Ely Buendia, Donny Pagilinan dan Belle Mariano sebagai penyeri atas pentas.

Penyanyi kelahiran Korea Selatan itu sempat menyampaikan lagu Festival, T Map dan In Or Out.

Lebih mengujakan apabila dia mengalunkan lagu ikonik kumpulannya, 2NE1 berjudul I Am The Best.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok