[VIDEO] Brabus 900 Rocket Edition RM2.4 juta bikin Wawa senyum meleret

 “AKHIRNYA dapat juga hadiahkan si oren ini untuk dia. Kalau marah marah lagi tak tahulah aku, ‘sweet’ tak saya?”

Demikian perkongsian pelakon dan usahawan Aeril Zafrel yang menghadiahkan isterinya, Wawa Zainal sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Brabus 900 Rocket Edition dianggarkan bernilai RM2.4 juta.

Momen penuh bermakna itu dikongsi Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari menerusi laman sosial yang menyatakan kenderaan berkenaan idaman suri hatinya.

Biarpun agak lewat daripada tarikh hari jadi Wawa yang jatuh pada 12 Mac lalu, kejutan dilakukan nyata ‘menjadi’ apabila isterinya tampak terharu dan teruja.

Pelakon berusia 34 tahun itu turut berkongsi detik menunjukkan hadiah istimewa tersebut yang turut disertai beberapa tetamu lain.

Menerusi hantaran itu, Wawa yang menawan dalam persalinan hitam teruja melihat kereta idaman rona kelabu di luar bersama kemasan jingga di dalam hingga tersenyum meleret.

Malah turut kelihatan melalui video tersebut hadiah tambahan iaitu timbunan beberapa kotak barangan berjenama diletakkan dalam kenderaan berkenaan.

Terdahulu, sekitar dua tahun lalu iaitu pada hari jadi yang ke-29 Aeril menghadiahkan Wawa sebuah
Mercedes-Benz GLC 300.

Wawa juga pernah memberikan kejutan kepadanya dengan menyerahkan kereta Lamborghini Gallardo berwarna kuning, tahun lalu. – HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok