Converse x Monkiddo serlah seni berbudaya

BAGI menyemarakkan lagi sambutan Syawal tahun ini, jenama kasut terkenal Converse Malaysia memilih untuk menjalinkan kerjasama bersama Monkiddo menerusi koleksi keluaran istimewa mereka.

Converse Malaysia dalam satu kenyatan melihat kerjasama tersebut mampu mengetengahkan lagi seni budaya tempatan dalam produk keluaran mereka.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Monkiddo untuk kempen Raya ini.

“Seni unik mereka Monkiddo dan hubungan mendalam dengan budaya Malaysia menjadikan mereka rakan kolaborasi yang sempurna untuk merayakan musim perayaan ini bersama komuniti kami,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Monkiddo, Lim Jayee berkata, kerjasama bersama jenama kasut terkenal antarabangsa tersebut diibaratkan tidak sebagai satu peluang yang tidak dapat dilepaskan.

“Bekerjasama dengan Converse Malaysia adalah impian yang menjadi kenyataan.

“Ini peluang untuk mempamerkan ilustrasi kami untuk dilihat di semua platform termasuk secara global dan merayakan kepelbagaian budaya Malaysia sempena hari raya,” katanya.

Koleksi keluaran khas tersebut merupakan sebuah tanda penghormatan kepada kepelbagaian budaya Malaysia berdasarkan motif kontemporari yang bertemakan raya dan tradisional.

Sebelum ini, Monkiddo berjaya menawan hati para peminat seni dengan kreativiti ilustrasi grafik animasinya.

Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo juga akan menampilkan filter AR eksklusif dalam media sosial termasuk Instagram, acara eksklusif dan pengalaman interaktif yang menjemput peminat untuk menyelami dunia Monkiddo. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok