Cha Eun-woo rujukan ‘muka plastik’

Menyifatkan Cha Eun-woo terlalu tampan, seorang pakar bedah plastik mendedahkan anggota kumpulan Astro itu antara wajah artis K-pop yang sering diidamkan pelanggan mereka.

Ujar pakar bedah plastik Dr. Choi-hyung itu, ramai peminat menganggap Eun-woo sebagai lambang piawaian kecantikan lelaki di Korea Selatan.

“Trend melakukan pembedahan plastik bukanlah suatu yang asing di Korea Selatan bahkan minat terhadap ‘filler’ bawah mata semakin meningkat dalam kalangan lelaki.

“Di hospital saya, ramai lelaki yang datang untuk bertanyakan tentang prosedur pembedahan plastik dengan membawa gambar artis terkenal seperti Cha Eun-woo.

“Lebih menarik, mereka sanggup menghabiskan duit simpanan hanya kerana ingin kelihatan seperti idola pujaan mereka itu,” dedahnya dalam satu rancangan temu bual.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok