PELAKON Song Ji-hyo mampu menarik nafas lega apabila kes saman terhadap bekas agensinya, Uzurocks selesai yang menyaksikan kemenangan berpihak kepadanya.
Menurut mahkamah Seoul, bekas agensinya, Uzurocks tidak memfailkan rayuan dengan Bahagian Penyelesaian Sivil Mahkamah Daerah Pusat Seoul 45, yang mengendalikan pembicaraan awal dalam tempoh rayuan yang ditetapkan.
Memandangkan Uzurocks gagal memfailkan rayuan selepas menerima penghakiman pada 28 November, Song Ji-hyo akhirnya memperoleh kemenangan dalam tuntutan tuntutan saman tersebut.
Mahkamah memerintahkan Uzurocks membayar RM3 juta sebagai penyelesaian yang belum dibayar bersama dengan beberapa faedah.
Kemenangan tersebut melayakkan aktres tersebut menerima pampasan melebihi RM5 juta
Terdahulu, pertikaian undang-undang bermula apabila Song Ji-hyo menamatkan kontrak eksklusifnya dengan Uzurocks pada 14 April disebabkan tidak dibayar gaji. – HIBGLAM