Yubin, pemain tenis putus cinta

TIDAK mempunyai keserasian dan berbeza matlamat hidup, penyanyi jelita Yubin kini tidak lagi menjalin hubungan cinta dengan pemain tenis, Kwon Soon-woo.

“Memang benar saya telah putus dengan Kwon Soon-woo, mungkin kami tidak lagi serasi bersama, biarlah masing-masing mencari kebahagian sendiri,” ujarnya menerusi akaun media sosial.

Sebelum ini, Yubin memadam semua foto Soon-woo dalam Instagramnya seolah-olah memberi bayangan perubahan dalam status perhubungan mereka.

Meskipun tidak lagi menjadi pasangan kekasih, label Yubin iaitu RRR Entertainment memberitahu Yubin dan Soon-woo masih berhubungan tetapi sebagai kawan.

“Mereka telah memutuskan untuk kekal sebagai kawan baik,” kata RRR Entertainment.

Terdahulu, selepas secara terbuka mengakui hubungan mereka pada Mei 2022, Yubin dan Soon-woo mendapat perhatian. Beza usia sembilan tahun juga merancakkan percakapan ramai tentang mereka.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok