Dara kesal salah pilih label

HAMPIR dua dekad dalam industri hiburan, penyanyi Dara mendedahkan akan menjadi lebih popular sekiranya memulakan kerjaya dengan pihak pengurusan SM Entertainment.

Perkara tersebut dimaklumkannya selepas mengenang kembali permintaan pihak YG Entertainment yang menyuruhnya menggayakan dandanan rambut pelik.

“Saya sebenarnya fikir akan jadi lebih baik dan popular sekiranya debut dengan SM Entertainment.

“Ramai yang berpendapat begitu kalau saya bernaung awal di bawah SM,” katanya dalam satu wawancara.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok