Hebat! Ryu Joon-yeol tamatkan marathon 43km

PELAKON, Ryu Joon-yeol berjaya menamatkan larian pertamanya dalam Marathon Chicago 2023 pada 8 Oktober lalu.

Difahamkan Joon-yeol menamatkan larian sejauh 43 kilometer dalam tempoh empat jam 54 minit.

Komitmen dan disiplin yang ditunjukkan pelakon Reply 1988 itu meraih pujian peminat.

Meski ada masalah pada buku lali ketika larian, Joon-yeol berjaya melakar pencapaian cemerlang dalam acara yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat sekali gus menjadi contoh terbaik buat peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok