Simon Cowell kesal ‘menekan-nekan’ Susan Boyle

PENERBIT dan juri televisyen, Simon Cowell menyesal dengan layanan diberikan kepada penyanyi, Susan Boyle ketika sesi uji bakat program Britain’s Got Talent pada 2009.

Menerusi episod pertama program Celebrity Trenches, Cowell berkata, dia bersama barisan juri lain ketika itu memberi layanan buruk terhadap Boyle sebelum wanita tersebut membuat persembahan ikoniknya.

Pengakuan tersebut merujuk kepada reaksi skeptikal personaliti berpengaruh itu bersama dua lagi juri, Amanda Holden dan Piers Morgan ketika Boyle melangkah ke pentas.

Pada waktu itu, Boyle menjadi perhatian kerana penampilannya yang sederhana dan jauh daripada imej tipikal seorang bakal bintang terkenal.

Bagaimanapun, suasana berubah sebaik sahaja dia menyampaikan lagu I Dreamed a Dream daripada muzikal Les Misérables dengan vokal memukau yang diingati dunia.

Meskipun berdepan pengalaman pahit, Boyle membuktikan mampu bergelar naib juara musim tersebut sebelum menjadi bintang dunia. – HIBGLAM

CAPTION

simon kesal dengan layanan diberikan terhadap seorang peserta program realiti, Susan Boyle pada 2009.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok