‘Suami kalau mahu murah rezeki, jangan kedekut dengan isteri’

PELAKON Ozlynn menegaskan kunci kebahagiaan rumah tangga terletak pada sikap tolak ansur dan kejujuran antara suami isteri, terutama dalam soal rezeki dan tanggungjawab.

Ujar Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 45, suami perlu berlapang dada dalam berkongsi rezeki, manakala isteri pula harus memahami keadaan pasangan.

“Betul, kalau suami mahu murah rezeki, jangan kedekut dengan isteri. Doa isteri sangat penting untuk suami.

“Senang cerita, suami dan isteri saling memerlukan. Isteri juga kena faham situasi suami, manakala suami pula perlu jujur supaya isteri mengerti keadaan kewangan,” katanya menjawab pertanyaan netizen dalam Threads.

Tambah pelakon drama Gadis dan Angan-Angan itu, usaha dan sikap rajin menjadi faktor utama dalam memastikan kehidupan berkeluarga terus stabil.

“Paling penting, suami bukan pemalas. Bila isteri tenang dan bahagia, suasana rumah tangga juga nampak harmoni.

“Rezeki pula akan datang mencurah-curah. Jika suami ada lebih, jangan berkira untuk berkongsi dengan isteri,” ujarnya.

Tegas Ozlyn, kepercayaan terhadap rezeki ditentukan Allah perlu disertai usaha berterusan dan sikap saling menghargai.

“Insya-Allah, kalau rajin berusaha dan percaya pada rezeki Allah, hidup akan dipermudahkan.

“Semoga semua suami dilimpahkan rezeki apabila membahagiakan isteri, anak-anak serta ibu bapa,” tuturnya.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen, rata-rata bersetuju bahawa kebahagiaan rumah tangga memerlukan kerjasama kedua-dua pihak.

“Setuju sangat, bila suami tak berkira, rumah tangga pun aman. Doa isteri memang power, jangan main-main.

“Betul, komunikasi dan jujur itu paling penting,” tulis beberapa pengguna.

Namun, terdapat juga segelintir individu memberi pandangan berbeza, khususnya berkaitan peranan kewangan dalam rumah tangga moden.

Untuk rekod, Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan atau Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 42, pada 25 Julai 2009.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan enam orang cahaya mata. – HIBGLAM

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning

Warning.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok