GELAGAT dua beradik Melati dan Atu Zero membuat parodi lagu Risk It All nyanyian Bruno Mars memang bikin ramai pecah perut.
Mana tidaknya, dalam video yang viral sejak beberapa hari lalu, Atu mengambil peranan dengan menjadi Mars, manakala Melati pula berlakon menjadi seorang perempuan lengkap dengan dres putih persis pengantin wanita!
Kata netizen, mereka terhibur namun tidak menyangka Melati akan muncul dengan karakter tersebut selain tetap memuji kualiti video parodi tersebut.
“Terkejut tengok Melati jadi pengantin perempuan, sakit perut gelak.
“Ini Risk It All paling rosak, sangat berisiko tinggi bila menontonnya.
“Walaupun hanya parodi, tapi kualiti hebat!” puji netizen.
Difahamkan, video tersebut dimuat naik The Elopura Hotel dan dirakam di Sandakan, Sabah. – HIBGLAM
