Pelakon terkenal Keanu Reeves sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil dengan nasihat jujur mengenai realiti keras dalam industri hiburan Hollywood.
Dalam temu bual bersama E! News, bintang filem John Wick itu menegaskan sikap dan etika kerja menjadi kunci utama untuk kekal relevan.
Jangan jadi orang yang menyusahkan dan bekerjalah dengan baik. Hargai orang yang bekerja dengan kamu sampai mereka membuktikan sebaliknya,” katanya.
Reeves yang sudah lebih tiga dekad berada dalam industri berkata demikian ketika ditemubual dengan pelakon, Cameron Diaz dan Matt Bomer.
Pandangan tersebut disokong Diaz, yang mengakui nasihat tersebut bukan sahaja terpakai dalam dunia lakonan, malah relevan dalam kehidupan seharian.
“Kamu harus menjalani kerjaya ini dengan cara kamu. Kamu tidak tahu akan jadi pada masa depan. Selain itu, penting untuk mendekati orang yang kamu kagumi dan meminta nasihat mereka,” katanya dalam satu wawancara mempromosi filem baharu terbitan Apple TV+ bertajuk Outcome arahan Jonah Hill. – HIBGLAM
