RM10,000 duit raya buat keluarga – Aniq Suhair

BERGELAR seorang selebriti menuntut pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit buat seseorang anak seni.

Perkara itu turut dirasai pelakon, Aniq Suhair atau nama sebenarnya, Muhammad Aniq Suhair Mohd. Salleh terutama pada musim perayaan Aidilfitri.

Sejajar usia yang kian bertambah, tanggungjawabnya sebagai orang dewasa juga turut memperlihatkan kematangan dari masa ke masa.

Untuk Syawal kali ini, Aniq, 26, memperuntukkan sejumlah wang raya buat keluarga dan kenalan rapat demi menyemarakkan seruan hari kemenangan.

HIBGLAM: Bagaimana sambutan hari raya untuk kali ini buat Aniq?
ANIQ SUHAIR: Alhamdulillah, raya saya biasa-biasa sahaja tapi tetap meriah. Saya pulang beraya di Taiping, Perak. Taiping yang menarik sebenarnya adalah satu bandar lama yang bersejarah. Tapi apa yang saya seronok di sana sebab keluarga ramai.

Sangat besar, adik-beradik mak saya ada dalam 18 orang. Jadi akan sangat meriah. 18 orang itu mak cik dan pak cik. Ada yang kahwin dua, tiga pun ada. Jadi anak buah memang tak terkira.

Berapa jumlah peruntukkan duit raya yang anda sediakan untuk Aidilfitri kali ini?
Macam tahun lepas RM6,000 ke RM7,000 (peruntukan duit raya). Tahun ini insya-Allah jumlah jumlah bertambah cecah RM10,000 memandangkan ahli keluarga beranak pinak.

Mereka pula sekali beranak serentak, kadang-kadang keluar kembar sebab keluarga saya banyak kembar. Alhamdulillah diberi rezeki, kerja ‘back to back’ ada rezeki. Jadi apa yang boleh bagi itu saya berilah walaupun sikit, orang akan hargai.

Kita lihat karier lakonan Aniq semakin hari, semakin bersinar, apa komen?
Tawaran banyak alhamdulillah dah susun sampai hujung tahun. Cuma saya bahagikan masa sebenarnya. Mana tawaran kerja yang masuk semua saya terima, tapi terima kena bahagikan dengan kerja lain. Saya ada buat perniagaan keluarga. Kiranya bahagikan masa juga, bukan berlakon sahaja.

Pernah menyepi seketika, anda juga mengusahakan perniagaan keluarga. Mungkin boleh perincikan sedikit.
Agak banyak (tolak tawaran berlakon) sebenarnya. Anggaran macam tujuh naskhah juga setakat ini. Saya tolak sebab jadual dan bertembung dengan beberapa kerja yang saya dah setuju buat dengan keluarga. Bukannya memilih tawaran kerja cuma kalau kena dengan masa dan jadual, saya terima.

Ada atau tidak sekelumit rasa kesal terpaksa memperlahankan rentak pada saat nama anda sedang memuncak disebabkan legasi perniagaan famili?
Ada (menyesal) sebenarnya dan ada juga yang masih tengah fikir sebab kalau tak buat memang rugi. Watak yang agak berat dan bergandingan dengan pelakon yang veteran dan disebut ramai sekarang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok