“DOAKAN yang baik-baik, kalau ada jodoh, adalah, doakan yang terbaik.”
Itu respons positif penerbit popular, Datuk A. Aida, 5, berhubung status hubungannya dengan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Mohd Kamri Kamaruddin yang menjadi teka-teki ketika ini.
Mengakui sedang rapat namun belum sampai ke tahap seperti diharapkan, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang menjelaskan, pada usia sekarang apatah lagi tempoh sembilan tahun hidup solo menyukarkan dirinya untuk membuat keputusan drastik berkahwin lagi.
Macam saya cakap, doakan yang terbaik, itu sahaja. Kami kenal lama, dia pun orang Terengganu tetapi kami baru berkawan. Saya rakyat dia, YB kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa,’ katanya.
Menurut A Aida, dia juga selesa sepanjang berkawan dengan Mohd Kamri yang berstatus duda.
Kami selesa berkawan kerana sama-sama berstatus solo. Dia berstatus duda, isterinya meninggal dunia sejak dua tahun lalu.
‘Sebab itulah kami boleh berkawan kerana saya tidak berminat untuk berkawan dengan suami orang,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa A Aida Productions di Putrajaya, malam tadi.
Terdahulu, perkongsian Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff di Instagram yang memuat naik gambar A. Aida bersama Mohd Kamri ketika majlis iftar anjuran A Aida Productions mencuri perhatian ramai.
Hadir sedondon dengan baju Melayu hitam, kata Kamri, itu sememangnya tema majlis buka puasa berkenaan.
Tidak sahaja tahun ini, Kamri sebenarnya tetamu majlis iftar A. Aida ketika diadakan pada tahun lalu. – HIBGLAM
