Meningkat 10 kali ganda, Chris Hemsworth risau nyanyuk awal

BARU mencecah usia 42 tahun, namun aktor Chris Hemsworth bersungguh-sungguh berusaha menjalani kehidupan sihat dengan melakukan rutin senaman serta pengambilan makanan bergizi.

Alasannya, menerusi satu pemeriksaan genetik, bintang filem  Marvel itu disahkan memiliki dua salinan gen APOE4 iaitu risiko Alzheimer meningkat lapan sehingga 10 kali ganda.

Begitupun, Hemsworth pada awalnya enggan mendedahkan perihal kesihatannya disebabkan tidak mahu orang merisaukan ahli keluarga terdekat.

Dia bimbang kerjaya seninya turut terjejas jika terlalu terbuka berkongsi mengenai  risiko genetik Alzheimer atau kemungkinan nyanyuk awal.

Apakah mereka masih mempercayai kemampuan saya membawakan watak superhero atau karakter Marvel?” katanya yang risau dipertikaikan kemampuannya beraksi lasak.

Bagi bapa kepada tiga anak itu, nyanyuk bukan asing dalam keluarganya sementelah datuknya menghidap Alzheimer, manakala bapanya juga sedang berjuang melawan kondisi serupa.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok