MASIH dibelenggu segunung harapan bekas suami dikatakan ingin kembali memperisterikan dirinya, penyanyi Adira mengambil pendekatan menyerahkan urusan terbabit kepada llahi.
Dijentik dengan spekulasi kononnya dia bertindak meninggalkan bekas suami, Datuk Seri
Adnan Abu di sebuah lebuh raya dipercayal selepas berlakunya perbalahan antara mereka, pelantun lagu Ku Ada Kamu itu tenang menjawab segala pertanyaan.
Kata Adira yang baru sahaja muncul dengan single terbaharu bersama Fiq7 berjudul Gelas
Memori, ada perkara yang tersirat tidak perlu diberitakan kepada umum.
HIBGLAM: Mungkin Adira boleh komen sedikit tentang dakwaan bekas suami ditinggalkan tengah malam di sebuah lebuh raya baru-baru ini? Apa sebenarya yang terjadi?
ADIRA: Saya memang mengaku ada tinggalkan dia tapi bukan tengah malam dan saya tinggalkan dia berhampiran dengan stesen minyak di mana senang untuk dia pergi ke tandas dan lain-lain.
Ada sebab-sebab tertentu yang saya tak boleh nak kongsi, apa bekas suari saya keluarkan itu cerita daripada pihak dia.
Apa yang boleh saya katakan tentu ada sebab kalau terjadi sesuatu dan tidak periu untuk semua orang tahu, cukup saya dan dia saja yang tahu.
Mungkin apa agaknya alasan anda untuk tidak memperincikan kejadian terbabit?
Saya pun tak nak keruhkan keadaan, saya nak jalani kehidupan dengan bekas suami secara tenang. Sebab saya percaya perkara seperti itu boleh terlepas kerana dia dalam keadaan yang tak guna akal tapi emosi dulu.
Kalau saya nak balas kenyataan dia saya bimbang apa yang terkeluar itu akan mengeruhkan keadaan. Kenapa saya pilih senyap dan tak layan perkara itu kerana banyak hati saya nak jaga contohnya anak saya dan anak-anak tiri.
Hubungan kami erat dan saling ambil tahu, di mana saya selalu ambil tahu tentang anak-anak saya semua. Saya lebih menjaga (perihal) yang itu.
Mungkin tindakan anda berdiam diri daripada menjelaskan perkara sebenar membuatkan netizen beranggapan anda berada di pihak yang salah, komen sedikit?
Kami pun sudah bawa haluan masing-masing, saya tahu kalau balas balik pusing-pusing akan tengok juga. Esok dia akan datang rumah tengok anak. Saya tak nak jadi kekok, saya boleh hadap dengan buat tak tahu saja.
Buat masa sekarang ini saya bagi keluarga yang berhubung dengan dia, kami depan-depan okey saja. Tapi bila WhatsApp saya akan suruh kakak saya (Emma Suhaimi) yang uruskan.
Tidakkah anda berasa rimas sudah hampir dua tahun berceral, namun bekas suami masih
‘menyendeng’ untuk kembali bersama sebagai suami isteri?
Saya tak fikir sangat tentang reputasi atau rasa rimas (dengan dia). Macam mana sekalipun, dia (Adnan) tetap bapa kepada anak-anak saya. Tapi, untuk masa sekarang, saya dah ada kehidupan sendiri dan dia juga begitu.
Tak rasa macam bekas suami yang sentiasa ada bersama anda membuatkan lelaki lain dne–. mendekat?
Saya sebenarnya tak fikir pun benda-benda itu (nak kahwin lagi), orang takut nak dekat atau
nak mula kehidupan baharu. Sebab sejak bercerai dan bergelar ibu tunggal, saya dah sematkan dalam hati inilah kehidupan baharu bersama dengan anak-anak.
Kongsi sedikit tentang lagu baharu bersama Fiq7 berjudul Gelas Memori. Rasanya ini bukan genre anda tapi mengapa bersetuju dengan projek ini?
Saya kagum dengan cara Fiq7 menulis dan menyampaikan liriknya.
Gaya rap yang dipersembahkan tidak hanya pantas atau teknikal, tetapi puitis dan jujur. la membuatkan saya lebih terinspirasi untuk memberi nyawa kepada bahagian balada dalam lagu ini.
Meski kami datang daripada dua dunia muzik yang berbeza, tetapi tujuan kami sama iaitu untuk menyampaikan emosi yang benar.
Adira kini muncul dengan single baharu berjudul Gelas Memori bersama penyanyi rap bernama
Fiq7. – HIBGLAM
