PELAKON terkenal Ranbir Kapoor melarang isterinya yang juga merupakan seorang aktres popular iaitu Alia Bhatt daripada mengikuti akaun Instagram miliknya.
Alasan Ranbir, jika Alia berbuat demikian, identiti sebenarnya sebagai pemilik akaun berkenaan akan terbongkar.
Ranbir yang tidak memiliki akaun Instagram rasmi, mempunyai akaun rahsia yang dibuka semata-mata untuk mengetahui perkembangan terkini dalam media sosial.
“Saya tidak mempunyai akaun Instagram rasmi. Tetapi saya mempunyai akaun rahsia.
Terdapat ramai manusia hebat di dalam dunia yang melakukan perkara yang memberi inspirasi. Jadi anda mahu mengikuti mereka dalam Instagram.
“Tetapi disebabkan saya seorang pelakon, saya tidak mahu menggunakan akaun atas nama seorang pelakon.
Kongsi anak mendiang Rishi Kapoor itu, Instagramnya tidak mempunyai pengikut dan mempunyai dua buah video anaknya, Raha. – HIBGLAM
