Saya tahu limit, berubah sikit sahaja – Adira

PENYANYI popular Adira tidak menafikan ataupun mengiyakan dakwaan dirinya melakukan pembedahan plastik bagi memancungkan bahagian hidungnya.

Adira atau nama lengkapnya, Siti Adira Suhaimi, 34, berpendapat, setiap individu terutama wanita memiliki kekurangan dan rasa tidak yakin pada diri sendiri yang perlu ditangani dengan cara masing-masing.

“Setiap orang ada insecure masing-masing dan ada cara untuk menangani rasa insecure itu, saya pun ada cara tersendiri.

Apa yang kalian nampak, apa yang berubah (itu semua) sikit-sikit sahaja kan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai bahagian wajah yang menjadi perhatian netizen, Adira menjelaskan perubahan tersebut hanyalah sedikit dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

“Apa yang korang nampak, apa yang berubah itu sikit sahaja pun, saya tak menafikan dan saya juga tak cakap iya.

Saya tahu limit saya dekat mana dan sekiranya awak nampak saya berubah sikit, saya tak boleh nak kata apalah,” ujarnya lagi.

Diusik pertanyaan sama ada benar atau tidak di melakukan pembedahan plastik di bahagian tertentu pada wajah, balas Adira terpulang kepada penilaian masing-masing.

Pandai-pandailah kalian tengok gambar-gambar lama.

“Kalau nampak perubahan, saya tak boleh nak kata apa,” katanya lagi.

Terdahulu, perubahan wajah Adira terutama di bahagian hidung dan dagu menjadi perbualan bukan sahaja dalam kalangan rakan media, bahkan para peminat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok