PELAKON Soffi Jikan memaklumkan dia perlu mengambil ubat antibiotik bagi merawat jangkitan kuman pada bahagian jantungnya ketika ini.
Menurut Soffi atau nama penuhnya Mohammad Shoffi Jikan, 54, jika pengambilan antibiotik tidak memberi kesan, dia perlu menjalani pembedahan bagi merawat penyakitnya.
“Jantung saya alami jangkitan kuman dan sekarang bergantung kepada antibiotik.
“Kemungkinan senario paling teruk ialah perlu jalani pembedahan,” katanya kepada HibGlam hari ini.
Tambah Soffi, dia bagaimaapun meminta orang ramai mendoakan kesihatannya kembali pulih sekaligus tidak perlu menjalani pembedahan tersebut.
“Doakan tak perlu prosedur pembedahan, itu sahaja harapan dan doa saya.
“Harap ubat antibiotik ini dapat bantu pulihkan jangkitan kuman, Sekarang hanya Tuhan sahaja yang tahu semua,” ujarnya.
Semalam, rakannya yang dikenali sebagai Hasyim dalam satu hantaran TikTok b memaklumkan keadaan kesihatan Soffi semakin membimbangkan.
Dia juga dipindahkan ke Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor bagi menerima rawatan selanjutnya berkaitan jangkitan kuman pada bahagian jantung.
Difahamkan, Soffi telah menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh sejak Julai lalu selepas mengalami jangkitan kuman pada hati. – HIBGLAM